|
Femmina ialah
sejenis pemakanan tambahan unik yang menggabungkan formulasi terkini
terdiri daripada 3 sumber phytoestrogen semulajadi dari 3 buah negara
berasingan iaitu Pueraria mirifica (Thailand), Labisia pumila (Malaysia)
dan Asparagus racemosus (India). Khasiat phytoestrogen adalah satu
anugerah kepada wanita kerana ia bertindak seperti estrogen iaitu
hormon wanita yang menyokong kesan estrogenik kepada organ khusus
wanita seperti payudara, rahim dan ovari. Bagi wanita yang berumur,
mereka akan mengalami perubahan dramatik disebabkan oleh penurunan
tahap estrogen. Sistem dan fungsi tubuh badan akan menurun yang
seterusnya akan memberi perubahan dari sudut fisiologi dan psikologi.
Phytoestrogen membantu dengan memperbetulkan kekurangan
estrogen dan mengembalikan kestabilan hormon. Faedahnya dapat melindungi
wanita dari penyakit kardiovaskular, meredakan kesan putus haid
seperti mengurangkan rasa panas badan, mengatasi kekeringan faraj
dan kencing tidak terkawal, menghindari perubahan mood, mengembalikan
fungsi dan keinginan seksual, melindungi dari osteoporosis dan mencantikkan
kulit.
PUERARIA MIRIFICA
Tumbuhan herba yang berasal dari Thailand dan Myanmar ini dikatakan
sebagai herba awet muda adaptogenik yang mengandungi sehingga 13
jenis unsur kimia yang diklasifikasikan sebagai phytoestrogen antaranya
miroestrol, daidzein, genistin, genistein, B-sitosterol, coumestrol,
pueraria, compestrol, mirificoumestan, kwakhurin dan mirificin.
Seperti yang diwartakan oleh Luang Anusan Suantara
pada tahun 1931, Pueraria mirifica berupaya:
 |
Memberi khasiat awet muda |
 |
Berkesan membasmi kedutan kulit |
 |
Menghitamkan uban dan menggalakkan
penumbuhan rambut |
 |
Mengatasi masalah rabun mata |
 |
Membantu menghindari kelemahan
daya ingatan |
 |
Memberi kesegaran dan membantu
ketangkasan pergerakan |
 |
Meningkatkan tenaga |
 |
Melancarkan aliran darah |
 |
Meningkatkan selera makan kepada
yang memerlukan |
 |
Mengatasi masalah tidur |
Kajian dari para saintis telah menemui bukti sokongan
bahawa pengambilan harian Pueraria mirifica dapat merendahkan risiko
penyakit kardiovaskular secara merendahkan tahap kolesterol darah,
melawan kanser payudara dan usus di samping mengatasi gejala menopaus.
Kajian di Thailand juga menunjukkan phytoestrogen
yang dikandungi Pueraria mirifica berupaya membesarkan payudara
dalam lebih 90% dari wanita yang menggunakannya. Ia mengembangkan
tisu lemak dan menegangkan ligament di sekitar payudara yang menyokong
bentuknya. Ia memaksimakan aliran darah dan mengekalkan tisu kolagen
yang bertindak memberi kemontokkan, keanjalan dan kelembutan payudara.
LABISIA PUMILA
Turut dikenali sebagai Kacip Fatimah, Labisia pumila ialah versi
wanita bagi Tongkat Ali di Malaysia. Secara tradisional, ia digunakan
untuk meningkatkan daya hidup, mengatasi keletihan dan mengetatkan
otot faraj wanita. Yang lebih menarik, ia mengekalkan sifat-sifat
kewanitaan.
Kajian menunjukkan Labisia pumila bertindak menyelia
reseptor estrogen dan memiliki khasiat phytoestrogen yang memberi
faedah kesihatan, antaranya:
 |
Membantu memulihkan kitaran haid
yang terganggu seperti ketika mengalami stress ataupun sewaktu
mengalami masalah kesihatan dan juga setelah memberhentikan
pengambilan pil perancang. |
 |
Mengatasi senggugut dan kerengsaan
akibat kesakitan haid. |
 |
Menstabil, membina dan mengharmonikan
sistem peranakan wanita bagi meningkatkan kesuburan. |
 |
Memberi keanjalan dan ketegangan
payudara dan mengetatkan faraj. |
 |
Menyokong pertumbuhan flora dalam
rongga peranakan bagi mengelakkan jangkitan dan kerengsaan. |
 |
Mengatasi keletihan dan memberi
keceriaan emosi. |
 |
Meningkatkan tenaga ketika bersenggama. |
 |
Mengatasi masalah yang bersangkutan
dengan sembelit. |
 |
Menghindari masalah kembung |
 |
Menegangkan otot perut |
 |
Melegakan masalah rheumatik. |
ASPARAGUS RACEMOSUS
Asparagus racemosus digunakan secara tradisional untuk merangsang
penghasilan hormon wanita. Ia merupakan sejenis phytoestrogen dari
India yang dikenali sebagai Shatavari yang membawa erti "100
suami".
Khasiatnya meliputi :
 |
Menggalakkan penghasilan susu
ibu |
 |
Meningkatkan libido wanita |
 |
Membantu mengatasi gejala menopaus
dan melegakan sindrom sebelum haid. |
 |
Meningkatkan kesuburan secara
menyihatkan organ peranakan wanita. |
 |
Melembabkan tisu peranakan yang
kekeringan. |
 |
Memberi kesan awet muda dan menghindari
penuaan pramatang. |
Di sebalik peranan di atas, Shatavari juga meningkatkan
sistem imun, mencerdaskan minda, membantu penghadaman dan meningkatkan
tenaga dan kekuatan. Ia turut membantu membersihkan toksin dari
darah dan meransang fungsi hati. Shatavari bertindak sebagai antioksidan,
melawan stres, mengatasi alahan dan menguatkan otot. Ia gunakan
oleh syarikat farmaseutikal bagi merawat batuk, kekurangan air,
cirit birit, demam berpanjangan, muntah darah, herpes, asid perut
yang berlebihan, ulser perut dll.
| AREA |
Harga/Price
(Runcit/Retail) |
Harga/Price
(Ahli/Member) |
| WM |
RM80.00 |
RM68.00 |
|
 |
 |
| EM |
RM85.00 |
RM73.00 |
|
 |
 |
| Kandungan : 60 Kapsul |
| WM: Malaysia Barat EM : Malaysia
Timur |
Anda
mahu buat bayaran melalui KAD KREDIT, Klik
sini.
  |
|